25 Februari 2026
Infaq Ramadan Yayasan UNITI: Agihan Kurma Bersama JKM WKL

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2026 – Memasuki awal bulan yang mulia ini, Yayasan UNITI dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WKL) telah berjaya melaksanakan Program Ihya Ramadan menerusi agihan kurma kepada golongan sasar. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Infaq Ramadan Yayasan UNITI untuk menyemarakkan syiar Islam dan menyantuni komuniti kebajikan.
Pihak JKM WKL telah menyelaraskan agihan sumbangan kotak kurma eksklusif ini kepada beberapa institusi kendalian mereka dan rumah kebajikan rakan strategik. Antara institusi yang menerima manfaat termasuklah:
Institusi Kendalian JKM: ASKL, ABKL, dan STBSB.
Home Kendalian PSK WPKL: Tasputra Perkim.
Agihan ini bukan sekadar pemberian simbolik, malah ia membawa mesej keprihatinan masyarakat melalui kempen #sekotakkurmasejutaharapan yang dijalankan oleh pihak yayasan.
Dana yang dikumpul melalui Infaq Ramadan Yayasan UNITI tidak terhad kepada agihan kurma sahaja. Yayasan UNITI komited menyalurkan bantuan kepada projek-projek impak tinggi yang lain seperti:



