5 Disember 2025
Feet For Run: Yayasan UNITI Sokong Amputee & Cegah Diabetes

Feet For Run by dD Kedidi™ – Menyokong Mobiliti, Kesihatan dan Harapan
Yayasan UNITI berbesar hati untuk menjadi rakan strategik rasmi bagi program berimpak tinggi Feet For Run by dD Kedidi , sebuah inisiatif nasional yang memberi tumpuan kepada mobiliti, kesedaran kesihatan, serta sokongan kepada komuniti amputasi. Kerjasama ini seiring dengan komitmen Yayasan UNITI dalam memperkasa masyarakat melalui pelbagai program kebajikan dan pembangunan sosial.
Acara yang berlangsung pada 22 November 2025 di Anjung Floria, Putrajaya , turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr Hj Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, yang merasmikan majlis. Kehadiran tokoh-tokoh pentadbiran, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), dan rakan industri mengukuhkan lagi usaha kolektif meningkatkan kesihatan awam serta kualiti hidup komuniti rentan.Anjung Floria, Putrajaya
Memperkasa Komuniti Amputasi Melalui Mobiliti
Feet For Run bukan sekadar acara larian, tetapi sebuah gerakan untuk mengembalikan harapan dan kebebasan bergerak kepada amputee kurang berkemampuan. Program ini menyokong usaha memberi akses kepada bantuan mobiliti seperti kaki palsu, latihan pemulihan, serta sokongan psikososial.Usaha ini selari dengan projek lain yang turut disokong Yayasan UNITI seperti:










