simple web site creator software download

CEO YAYASAN UNITI

.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1998, Yayasan UNITI telah memberi perhatian khusus untuk membasmi kemiskinan melalui pendekatan yang proaktif dan berbeza. Kajian menunjukan ramai pelajar lepasan SPM gagal mendapat tempat di IPTA manakala ramai daripada mereka yang berpeluang belajar di IPTA gagal mendapat pekerjaan selepas bergelar graduan. Berdasarkan ungkapan Inggeris `If you give a man a sh, he can survive for one day. But if you teach aman how to sh he can survive for the rest of his life’, Yayasan UNITI telah merancang dan melaksanakan program berbentuk pendidikan dan keusahawanan bertujuan untuk membantu kumpulan sasaran yang terdiri daripada pelajar asnaf, graduan, belia yang berpendapatan rendah untuk mengubah hidup mereka.

Sebagai sebuah badan yang bukan berasaskan keuntungan, dana yang di perolehi oleh Yayasan UNITI adalah daripada bayaran zakat dan sumbangan individu dan korporat yang diurus secara telus dan professional. Apa yang menarik selain daripada membantu pelajar asnaf ialah sumbangan wang dan bayaran zakat melalui Yayasan UNITI mendapat potongan cukai. Dalam projek 1Keluarga 1Graduan, Yayasan UNITI telah berjaya membantu ramai pelajar asnaf di sekolah menengah menjejak kaki ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Mereka di suntik dengan pelbagai kemahiran di peringkat sekolah menengah termasuk teknik menjawab soalan, di berikan motivasi, ilmu kerjaya dan bimbingan selepas SPM sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan dan kehidupan di kampus.

Melalui projek 1Keluarga 1Usahawan pula, kumpulan sasaran adalah para graduan dan belia yang menganggur. Melalui usaha ini, Yayasan UNITI menggunakan sumbangan yang di berikan untuk mengadakan kursus dan bengkel keusahawanan kepada pelajar IPT tahun akhir, graduan baru dan belia yang berminat untuk membuka perniagaan. Melalui kerjasama dengan pelbagai pihak Yayasan UNITI membimbing bakal bakal usahawan dengan maklumat industri dan peluang-peluang perniagaan untuk mereka ceburi serta kaedah `online business’, untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dengan cara yang paling efektif dan kos yang rendah. Malah Yayasan UNITI dengan kerjasama unitice.com menyediakan `virtual oce’ dan segala kemudahan pejabat mewah dengan sewa serendah RM120 sebulan. Untuk memastikan manfaat daripada model Yayasan UNITI ini dapat diberikan kepada semua pelajar asnaf, belia dan graduan menganggur seluruh Malaysia , saya ingin mengalu-alukan sumbangan, idea dan kerjasama daripada mana-mana individu, badan badan korporat serta badan bukan kerajaan yang lain untuk bersama-sama kami menjayakan pendekatan yang dirangka ini untuk melahirkan 1 graduan, 1 usahawan dari setiap keluarga asnaf dalam usaha untuk membasmi kemiskinan. Mudah mudahan sumbangan anda dapat mengubah nasib keluarga asnaf di negara ini dan di berkati

Allah SWT.

Terima kasih